Ikan Jenahak merupakan ikan yang setiasa menjadi sasaran pemancing.
Ikan ini di negara barat lebih dikenali sebagai John Snapper atau Golden
Snapper. Di negara kita ikan ini diberi gelaran bantal emas jika ukurannya melebihi 3kg. Ini kerana ikan Jenahak besar akan
mempunyai sisik berwarna keemasan. Ikan ini sangat popular dikalangan
penduduk Malaysia. Ikan ini mempunyai rasa
yang lezat dan manis terutamanya ketika masih segar. Pemancing pasti
berbangga jika memperoleh ikan jenahak berukuran bantal emas.
Habitat.
Ikan yang mampu membesar sehingga belasan kilo ini amat gemar tinggal di
kawasan karang dan lubang-lubang di dasar laut. Kapal karam atau tukun
tiruan juga menjadi habitat kegemaran ikan ini.
Di negara kita ikan ini banya terdapat di kawasan perairan Malaka di
sebelah barat semenanjung Malaysia. Dikarenakan ikan ini gemar tinggal
dikawasan perairan laut yang mempunyai dasar berlumpur. Berbeda dengan
perairan laut China Selatan, kawasan dasar perairan tersebut yang
berpasir menyebabkan ikan jenahak jarang-jarang diperoleh. Untuk
memancing ikan ini, waktu malam merupakan waktu terbaik untuk memancing
ikan ini. Ini karena ikan ini amat aktif pada malam hari.
Selain lautan lepas, ikan ini banyak dipelihara oleh pengusaha peternakan
ikan. Jika kita ke kolam air asin, pasti terdapat ikan ini di
kolam-kolam . Selain itu kehadiran ikan ini di kolam-kolam air
masin menarik minat para pemancing untuk berkunjung ke kolam mancing.
Jenahak yang matang digelar sebagai Bantal Emas
Jenahak yang belum matang akan kelihatan tanda hitam di belakang sirip dorsalnya
Umpan
Isi Ikan.
- Isi ikan amat efektif dalam menjerat ikan ini. Tetapi isi ikan
tersebut hendaklah benar-benar segar. Penggunaan isi ikan dari pasar
kurang efektif dalam menjerat ikan ini tetapi masih boleh dijadikan umpan untuk memancing ikan ini.
Sotong
-Umpan sotong merupakan umpan baik untuk jenahak terutamanya
sotong hidup yang di dapat di atas bot. Sotong perlulah dikailkan terlebih dahulu untuk dijadikan umpan. Jarang sekali ikan jenahak
menolak umpan sotong hidup. Bagi yang ingin menggunakan sotong
mati, kepala sotong merupakan kegemaran ikan ini.
Sotong kurita
-Selain sotong biasa, sotong kurita juga merupakan kegemaran ikan
jenahak. Jika menggunakan umpan ini, potong jari-jarinya , barulah sangkutkan ke mata kail .
Udang lipan.
- Ini juga merupakan salah satu umpan bagus untuk ikan jenahak. Tetapi
harus diingat, hanya udang lipan hidup saja yang mampu menarik minat
ikan jenahak untuk memakan umpan
Teknik
Untuk memancing jenahak, menggunakan rod berkekuatan aksi
sederhana seperti PE3-5. Bagi yang ingin memancing jenahak bantal emas, saiz rod
yang lebih besar akan digunakan. Tali main lain berkekuatan 50lb-80lb
sudah memadai dengan dipadankan dengan perambut mono atau flocarbon
berkekuatan 60lb-100lb. Matakail yang sering digunakan berukuran 4/0-6/0
Tanduk atau ranggung amat penting dalam memancing ikan ini. Perambut
yang digunakan mestilah kecil sepanjang 20 cm. Kemungkinan penggunaan pemberat yang bergantung pada kelajuan arus. Ini kerana
ikan jenahak amat aktif ketika arus deras.
Ikan ini tidak kuat ketika memakan umpan, tetapi pemancing hendaklah
peka terhadap joran. Ikan ini bergerak secara
kumpulan dan jika tiba waktunya, pasti pemancing akan menerima hentakan dari ikan ini secara bertubi-tubi. Hanya ikan jenahak berukuran monster saja
gemar bergerak secara bergerombol.